Monday, January 31, 2011

Asal Usul Bahasa Melayu

PENGENALAN

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu
1. Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
2. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
3. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
4. Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
5. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
6. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
7. Keturunannya orang Melayu di Malaysia
8. Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
9. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
10. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
11. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
12. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
13. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.
14. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China.
15. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.


Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
•Bahasa Melayu Kuno,
•Bahasa Melayu Klasik dan
•Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
-Merupakan keluarga bahasa Nusantara
-Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
-Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
-Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
•Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
•Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
•Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
-Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
-Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
• Pengaruh agama Hindu
• Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
•Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
-Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
•Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
•Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
•Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
•Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
-Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
-Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
•Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
•Susunan ayat bersifat Melayu
•Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
•bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
•Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
•Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
•Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
•Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
-Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
-Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
-Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
•ditulis dalam huruf India
•mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
•bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
•masih memakai abjad India
•buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
•ditulis dalam tulisan Jawi
•membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
-Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik
-Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
•Zaman kerajaan Melaka
•Zaman kerajaab Acheh
•Zaman kerajaan Johor-Riau
-Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
-Ciri-ciri bahasa klasik:
•ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
•banyak ayat pasif
•menggunakan bahasa istana
•kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
•banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
•ayat songsang
•banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden
-Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
-Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
-Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
-Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
-Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Konsonan Melayu Asli

PENGENALAN
Konsonan atau secara tradisional dinamakan huruf mati ialah huruf-furuf selain vokal. Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan mungkin tidak. Apabila mengeluarkan bunyi konsonan,udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran di bahagian rongga. Bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan. Apabila menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang mengikutinya turut akan disengaukan. Proses ini dipanggil sengauan. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan Melayu asli dan konsonan pinjaman. Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli.

10 CONTOH KONSONAN MELAYU ASLI
[p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara
[r] Konsonan getaran gusi bersuara
[?] Hentian glotis
[l] Konsonan sisian gusi bersuara
[m] Konsonan sengau dua bibir bersuara
[n] Konsonan sengau gusi bersuara
[ŋ] Konsonan sengau lelangit lembut bersuara
[w] Separuh vokal dua bibir bersuara
[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara
[s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara

Fungsi Daerah-daerah Artikulasi

Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Sebagai contoh ialah apabila mengeluarkan bunyi [i], keadaan bibir adalah hampar, manakala apabila mengeluarkan bunyi [u], kedudukan bibir menjadi bundar. Jika mengeluarkan bunyi [m], aliran udara akan disekat di bibir.

Gusi
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Contoh huruf ialah [t] dan [d].

Gigi
Gigi juga berperanan dalam menghasilkan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Contoh bunyi untuk bahgian gigi ialah [č] dan [ĵ].

Lelangit
Lelangit keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut yang merupakan tulang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut.lelangit keras ialah daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Lelangit lembut pula bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Ia merupakan bahagian lelangit paling belakang dalam rongga mulut dan dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. Lelangit lembut juga berfungsi untuk menentukan sama ada sesuatu bunyi itu merupakan bunyi oral atau bunyi nasal. Contohnya, huruf [n] dan [m] yang menyebabkan bunyi sengau kerana apabila lelangit lembut diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Jika menyebut huruf [b] dan [h] pula akan menyebabkan bunyi geseran kerana apabila lelangit lembut dinaikkan, hidung akan tertutup dan udara akan dipaksa keluar melaui rongga mulut.

Daerah-daerah Artikulasi




1. Bibir atas
2. Bibir bawah
3. Gigi atas
4. Gigi bawah
5. Gusi
6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut

Fungsi Alat-Alat Artikulasi

Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.Lidah terbahagi kepada lima bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah dan akar lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hujung lidah ialah bahagian lidah yang bertemu dengan gigi. Daun lidah pula bahagian lidah yang bertemu dengan gusi. Depan lidah ialah bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah. Tengah lidah bertentangan antara pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Belakang lidah ialah bahagian lidah yang paling belakang. Akar lidah pula merupakan bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengubah keluasan rongga tekak.

Rahang
Rahang tidak memainkan peranan yang penting semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa namun penting dalam pembunyian vokal. Contohnya apabila menyebut vokal [i] dan [u], keadaan bukaan antara dua rahang atas dan bawah adalah sempit. Manakala apabila menyebut vokal [a] dan [ǝ], keadaan bukaan antara dua rahang adalah luas.

Rongga
Rongga ialah bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar dari paru-paru. Rongga tekak bermula daripada bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga hidung terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam. Rongga hidung dan rongga mulut boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit. lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

artikulasi



Alat artikulasi terdiri daripada:
1. Lidah
2. Rongga hidung
3. Rongga mulut
4. Rongga tekak
5. Pita suara
6. Tenggorok
7. Epiglotis
8. Anak tekak
9. Rahang
10. Paru-paru