Wednesday, December 19, 2012

Lipatan Napkin - Lipatan Snowflake

Mulakan dengan napkin yang telah disetrika dengan sedikit kanji, ratakan napkin. Letakkan posisi napkin bahagian luar diatas secara melintang pada permukaan rata. Lipat hujung sisi bahagian atas ke titik tengah. Lipat hujung bawah ke titik tengah.
Lipat kedua sisi kiri dan kanan ke titik tengah.
Dengan perlahan, balik lipatan atasnya menjadi ke bawah (menghadap meja).
Kemudian, lipat semua sisinya menuju titik tengah.

Dengan perlahan, balik lipatan atasnya menjadi kebawah (menghadap meja).
 

Terakhir, lipat setiap sisinya ke titik tengah.

Tarik tiap sisinya keluar. Akhirnya napkin akan berbentuk seperti serpihan
salji “snowflake”

 Letakkan di atas pinggan hidangan.



Lipatan Napkin - Lipatan Kipas / “ accordion “

Mulai dengan napkin yang telah diseterika dengan sedikit kanji.
Dengan napkin yang diletakkan ditempat yang rata, lipat seperti kipas dengan jarak 1 inci atau 1½ inci, ulangi sampai semua terlipat
Lipat bagian tengah napkin menjadi dua.
Akhiri dengan menyisipkan cincin dekorasi napkin dan buka bahagian
atasnya menyerupai kipas

Tuesday, November 13, 2012

Lipatan Napkin - Lipatan "Pocket"

Mulai dengan Napkin dari kertas atau bahan (disini napkin kertas) Lipat
menjadi seperempat. Letakkan napkin secara diagonal dengan sisi yang terbuka diatas


Gulung lapisan pertama dari 4 lapisan menuju tengah napkin.

Balik napkin dan lipat sisi kiri menuju tengah napkin.

Ulangi untuk bahagian kanan. Jika napkin akan digunakan untuk membawa silverware untuk makan saat picnic. Letakan stiker dekorasi dibelakang agar napkin tetap dalam lipatan tadi.

Balik posisi Napkin
Masukkan Garpu, pisau dan sendok.

Lipatan Napkin - Lipatan Tulip


1. Mulai dengan napkin yang telah disetrika dengan sedikit kanji
2. Lipat 2 napkin membentuk segitiga, putar sehingga yang terbuka ada dibagian atas.
3. Lipat sisi kiri bawah menuju ujung atas.
4. Lipat sisi kanan bawah menuju ujung atas
5. Lipat sisi kiri menuju tengah.
6.Lipat sisi kanan menuju tengah.
7. Lipat napkin menjadi setengah dengan melipat keluar.
8. Pegang napkin yang dilipat tadi, pelan-pelan buka dan letakan di meja datar (bagian yang dilipat menghadap meja). Lipatan tadi akan terlihat sedikit jatuh, rapikan tengah lipatan agar napkin terlihat seimbang.





Sunday, September 30, 2012

Jahitan Asas - Kelim


KELIM

  1. Kelim adalah satu atau dua baris jahitan yang digunakan untuk mencantum atau menyambung dua atau lebih kepingan fabrik.
  2. Bertujuan member bentuk pada pakaian atau artikel dan sebagai hiasan juga.
  3. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung pada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim, jenis pakaian yang dibuat dan stail pakaian yang dipilih.
  4. Kelim terdiri daripada beberapa jenis iaitu:




Kelim belah kangkung

  • Kelim belah kangkung ialah sambungan atau cantuman dua atau lebih kepingan fabrik.
  • Sambungan ini dicantum dengan satu baris jahitan mesin dan basi kelim perlu dikemaskan.
  • Kelim ini sesuai untuk semua jenis fabrik kecuali fabrik yang nipis.
  • Kelim ini rata dan terbuka, lebar kedua-dua basi kelim mestilah sama dan mata jahitan tidak kelihatan dari sebelah luar.
  • Lebar belah kangkung yang telah siap ialah 2.5cm.
  • Kelim oerlu dikemaskan supaya tahan lama, fabrik tidak berjerumbai dan kelihatan lebih cantik.
  • Ada pelbagai cara mengemas tepi kelim belah kangkung. Antaranya mengggunakan mesin jahit tepi, jahitan insang pari, jahitan mesin dan kun.


Kelim betawi

  • Kelim betawi ialah kelim dalam kelim yang dijahit dengan dua baris jahitan.
  • Kelim ini mempunyai empat lapis fabrik, kukuh dan halus.
  • Kelim betawi sesuai untuk menjahit fabrik nipis atau fabrik berjerumbai.
  • Ia tidak bergulung, basinya tidak kelihatan di sebelah luar dan lebar kelim yang telah siap ialah antara 4-6mm.

Jahitan Asas - Jahitan Pengemas


JAHITAN PENGEMAS

  1. Jahitan ini adalah jahitan kekal.
  2. Jahitan ini digunakan untuk:
  • menetapkan kelepet
  • menetapkan lipatan
  • mengemas tepi kain


Jahitan lilit kemas

  • Jahitan lilit kemas digunakan untuk mengemas tepi tunggal atau beberapa tepi bersama pada sebelah dalam misalnya, tepi basi kelim belah kangkung dan sebagainya.
  • Jahitan ini dimulakan dari kiri ke kanan di sebelah dalam kain.
  • Jahitan ini dimulakan dengan menjahit kia dan memasukkan jarum menyerung dari belakang.
  • Matikan dengan menjahit kia juga atau selitkan benang.


Jahitan insang pari

  • Jahitan ini dilakukan dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak.
  • Cucuk jarum menegak dan halakan jarum ke arah penjahit.
  • Letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.
  • Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir.

Jahitan Asas - Penyudah Tepi

PENYUDAH TEPI
  1. Penyudah tepi ialah satu proses jahitan yang dibuat untuk mengukuh dan menghias tepi jahitan.
  2. Penyudah tepi dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

Kelepet
  • Kelepet ialah sejenis penyudah tepi yang dihasilkan dengan melipat tepi fabrik ke sebelah dalam.
  • Kelepet di tetapkan dengan jahitan mesin atau jahitan tangan.
  • Terdapat dua jenis kelepet iaitu kelepet lurus dan kelepet melengkung.
  • Lebar kelepet biasanya berukuran 5mm-4cm.
  • Kelepet biasanya ditetapkan dengan jahitan sembat, jahitan sembat susup, jahitan silang pengkah atau jahitan mesin.

Kun
  • Kun ialah suatu kaedah penyudah tepi yang dapat dibuat sendiri daripada fabrik yang sama atau dibeli siap.
  • Kun ialah penyudah tepi yang sangat sesuai untuk fabrik nipis atau sederhana yang mudah berbulu.
  • Bahagian pakaian yang sesuai untuk dikemaskan dengan kun termasuklah garis leher, hujung lengan dan bahagian bawah blaus.
  • Biasanya lebar kun yang telah siap ialah 6mm-1cm.

Renda
  • Renda adalah sejenis penyudah tepi yang dibuat daripada fabrik kapas, linen atau nilon.
  • Renda sangat sesuai untuk pakaian kanak-kanak, blaus, pakaian dalam, pakaian tidur dan artikel.
  • Renda jahitan tangan adalah lebih mahal daripada renda jahitan mesin.
  • Pilihan renda mestilah sepadan dengan warna fabrik dan jika berwarna meatilah tidak mudah luntur.
  • Renda dijahit pada artikel/pakaian dengan jahitan tangan dan jahitan mesin.

Lapik
  • Lapik ialah proses menjahit fabrik yang ditambah pada tepi fabrik, artikel atau pakaian dengan tujuan mengemas tepinya.
  • Lapik ditetapkan dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan tangan.
  • Terdapat dua jenis lapik iaitu lapik lurus dan lapik berbentuk.

Jahitan Asas - Jahitan Kekal

JAHITAN KEKAL

  1. Jahitan kekal terdiri daripada:
  1. Jahitan ini digunakan untuk menyamabung dua atau lebih helaian kain. Selain dari itu, ia juga digunakan untuk menetapkan kelepet dan lipatan serta mengemas tepi kain.
  2. Oleh kerana jahitan ini kekal, benang yang digunakan mestilah sama dengan warna kain.


Jahitan kia
  • Gunakan warna benang yang sama warna dengan warna fabric.
  • Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus.
  • Jarak mata jahitan antara 3-5mm.
  • Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.
  • Jahitan ini kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin di sebelah luar dan jahitan batang di sebelah dalam.
  • Jahitan kia juga digunakan untuk:
          + menyambung kain
          + menggantikan jahitan mesin
          + memula dan mematikan jahitan
          + jahitan perhiasan


Jahitan sembat
  • Jahit sembat dimulakan dari kanan ke kiri.
  • Jahitan ini dijahit menyerung pada sudut 30°.
  • Jahitan ini dimulakan dan diakhiri dengan jahitan kia dibawah lipatan.
  • Jahitan sembat adalah jahitan yang teguh, halus dan sekata.
  • Ia boleh dilihat dari sebelah luar.

Jahitan sembat susup
  • Jahitan sembat susup dijahit dari kanan ke kiri di sebelah dalam kain.
  • Jahitan ini dimulakan dan diakhiri dengan jahitan kia di bawah lipatan.
  • Ambil sedikit fabrik serapat yang boleh dengan tepi berlapis.
  • Tarik jarum keluar kemudian terus susupkan jarum di dalam lipatan dengan jarak 0.5cm.
  • Jahitan ini sangat kemas sehingga tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.
  • Jahitan ini tidak sekukuh jahitan sembat.

Jahitan silang pangkah
  • Jahitan ini dimulakan dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan jahit kia ke atas sedikit dari lipatan kain.
  • Jahit satu mata jahitan seperti jahit sembat pada selapis fabric di bahagian bawah lipatan, tarik jarum di bawah hujung jahitan kia yang dibuat terlebih dahulu tadi.
  • Buat mata jahitan barikut pada dua lapisan kain di atas hujung mata jahitan sembat yang pertama.
  • Ulang jahitan sehingga siap.
  • Jahitan silang pangkah digunakan:
          + untuk melekatkan kelepet fabrik
          + sebagai jahitan perhiasan

Jahitan Asas - Jahitan Sementara


JAHITAN ASAS

Jahitan asas perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum mempelajari jahitan lain. Jahitan asas boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

JAHITAN SEMENTARA
  1. Jahitan ini dibuat untuk sementara sahaja dan dibuka selepas dijahit dengan jahitan kekal.
  2. Gunakan satu lembar benang yang bewarna lebih muda dari warna fabrik supaya mudah dilihat.
  3. Jahitan sementara biasanya dimulakan dengan simpulan untuk memudahkan kerja menanggalkannya.
  4. Jahitan sementara boleh dibahagikan kepada berbagai jenis iaitu jahitan jelujur kasar, jelujur panjang pendek, jelujur halus, jelujur tegak/serong dan jahitan tanda.
  5. Jahitan sementara digunakan untuk:
  • menanda kedudukan kocek atau lubang butang
  • memindahkan garis-garis pola ke fabrik
  • menetapkan kedudukan kelepet dan kelim
  • melekatkan dua atau lebih kain


Jelujur kasar

  • Guna satu lembar benang.
  • Mulakan dengan jahit kia dan sudahkan dengan jahit kia juga.
  • Adakalanya jelujur dimulakan dengan simpulan tetapi disudahkan dengan jahit kia.


Jelujur panjang pendek
  • Jelujur ini lebih kukuh dan sesuai untuk kain-kain yang lembut dan licin.
  • Mlakan dengan jahit kia dari kanan ke kiri.
  • Jahit dua mata jahitan kira-kira ¼” panjangnya sekali gus dan kemudian satu mata jahitan panjang kira-kira  ½”.
  • Matikan dengan jahit kia.

Jelujur tegak/serong
  • Jahitan ini tegak di sebelah kain dan serong di sebelah satu lagi.
  • Ia digunakan untuk menetapkan dua atau lebih lapis kain untuk menjadikannya rata.
  • Jelujur ini dibuat dengan meletakkan kain yang dijahit di atas meja.

Jahitan tanda
  • Jahitan tanda digunakan untuk memindahkan tanda-tanda atau garisan-garisan pola dari kertas kepada kain.
  • Garisan-garisan pola pada bahagian pakaian yang berlapis boleh dipindahkan dengan tepat.
  • Guna dua lembar benang.
  • Pada tepi-tepi yang lurus jahitan tanda boleh dijahit pada jarak yang jauh manakala pada tepi-tepi melengkung jahitan tanda patut dijahit lebih rapat.

Jelujur halus
  • Melekatkan lapisan fabrik buat sementara.
  • Mengukuhkan pinggang skirt, lubang lengan dan keruk leher.
  • Menandakan garisan pola.
  • Mengedutkan fabrik.
  • Mengelakkan tepi kain daripada memeri.
  • Menandakan lengan baju.
  • Sebagai hiasan.

Monday, September 24, 2012

Short Story - The Teacher by Catherine Lim

CHARACTER

Main (The Teacher) 
1. Big mouth
  • Always tell to his friends about his student’s weakness.
2. Anger
  • Always angry with his student’s grammar mistake.

Minor Character (Teacher’s Friend)
1. Good listener
  • Always listen to his friend’s problem.
  • Try to understand the problem.
  • Try to have a solution for his friend’s problem.

Static Character (Tan Geok Peng)
1. Weak
  • Always do the same mistakes when the teacher ask her to write an essay.
2. Shy and timid girl
  • She never told her problems to her teacher.

Dynamic Character (Tan’s Father)
1. Heartless
  • Always beat Tan and her mother when he drunk.
  • When he is in good mood, he allowed Tan to continue her study.

PLOT

1. EXPOSITION
  • The teacher asks his friend to read the composition written by a student in secondary four. The teacher was angry because the student makes a lot of grammar and tense mistakes.
2. RISING ACTION
  • The student try to tell her teacher about her problem through a message (composition),but the teacher can’t understand about what she want to tell him.
  • The teacher is impatient with his student’s grammar mistakes and makes him want to resign.
3. FALLING ACTION
  • His friend’s colleague try to calm down him.(all student is same, they just do the grammar mistakes even pre-university’s students)
4. RESOLUTION
  • Tan Geok Peng commits suicide.
  • The teacher was regret with his attitude which playing an irresponsible teacher. 

THEME
  • The teacher that was not sensitive with his students’ problems.
  • The teacher did not go through his student’s condition. He just saw the tenses mistakes that his student did. He did not go through to the story that had been telling by Tan Geok Peng that storied about her problem.

SETTING

Physical setting
1. At the staffroom
  • Where the teachers doing their work.
  • Tan Geok Peng’s teacher does the correcting composition exercises by his students.
2. Cake stall
  • Tan Geok Peng’s father sells cakes to earn money.

3. Eleventh floor
  • Tan Geok Peng jumped down from there.

Social setting
  • The teacher that did not bordered about his students in detail and just saw the weakness by the tenses mistakes that have been done by Tan Geok Peng.
  • The father that irresponsible with his wife and children. Ask his daughter to quick from study and helps him to sell the cakes.