Monday, January 31, 2011

Fungsi Alat-Alat Artikulasi

Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.Lidah terbahagi kepada lima bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah dan akar lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hujung lidah ialah bahagian lidah yang bertemu dengan gigi. Daun lidah pula bahagian lidah yang bertemu dengan gusi. Depan lidah ialah bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah. Tengah lidah bertentangan antara pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Belakang lidah ialah bahagian lidah yang paling belakang. Akar lidah pula merupakan bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengubah keluasan rongga tekak.

Rahang
Rahang tidak memainkan peranan yang penting semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa namun penting dalam pembunyian vokal. Contohnya apabila menyebut vokal [i] dan [u], keadaan bukaan antara dua rahang atas dan bawah adalah sempit. Manakala apabila menyebut vokal [a] dan [ǝ], keadaan bukaan antara dua rahang adalah luas.

Rongga
Rongga ialah bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar dari paru-paru. Rongga tekak bermula daripada bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga hidung terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam. Rongga hidung dan rongga mulut boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit. lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

No comments:

Post a Comment