BOLA PING PONG
Bola ping pong dibuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama, biasanya berwarna putih, tetapi juga ada yang berwarna oren. Bola ping pong mestilah berdiameter 38mm dan berat 2.5 gram. Harganya berbeza-beza daripada semurah 10 sen yang mudah pecah kepada bola berkualiti tiga bintang yang harganya hampir satu dolar. Bola yang kualitinya rendah biasanya agak senget dan mempunyai titik-titik lemah. Jadi, ia bukan sahaja mudah pecah tetapi tidak melantun secara seragam pada tempat cecahan yang berlainan. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bola tiga bintang yang agak mahal. Lantunannya lebih baik dan dalam jangka panjang ia lebih murah kerana ia tahan lebih lama. Bola ping pong biasanya ditandakan sebagai satu, dua atau tiga bintang. Dapatkan yang tiga bintang. Jika bola itu tidak ada bintang langsung, elakkannya sama sekali.
PERATURAN PING PONG
Ada beberapa salah faham dan salah tanggapan mengenai peraturan permainan ping pong. Berikut adalah perkara-perkara penting yang perlu diperhatikan. Anda juga perlu membuat salinan peraturan ini dan menampalnya di dinding.
Penskoran
- Pemain mendapat mata apabila lawannya gagal mengembalikan bola secara sah. Ini termasuk memukul bola melepasi hujung atau tepi meja, memukul bola ke jaring atau gagal melakukan servis secara sah.
- Mata permainan dikira hingga 21 mata. (Pemain biasanya bermain dalam permainan latihan sehingga 11 mata).
- Permainan mesti dimenangi dengan perbezaan sekurang-kurang dua mata.
- Satu pertandingan dikira sama ada dua yang terbaik daripada tiga permainan, atau tiga yang terbaik daripada lima permainan.
- Servis bertukar setiap 5 mata kecuali semasa dius (20-20). Dalam keadaan itu, servis bertukar setiap 1 mata.
- Permainan tidak berakhir pada 7-0 atau mana-mana skor lain kecuali 21 atau dius.
Servis
- Bola mesti diletakkan pada tapak tangan yang rata, dengan ibu jari dibiarkan bebas dan jari-jari lain dirapatkan.
- Bola mesti dilambungkan sekurang-kurangnya 6 inci dari aras meja. Tinggi jaring adalah 6 inci dan boleh digunakan sebagai perbandingan.
- Bola mesti dipukul semasa ia sedang jatuh.
- Pukulan mesti dilakukan di atas aras meja dan di belakang garis hujung meja atau garis lanjutan bayangan.
- Servis let (servis yang menyentuh jaring tetapi jatuh di meja sebelah) tidak dikira. Anda boleh melakukan seberapa banyak servis let tanpa kehilangan mata.
- Bola mesti menyentuh kedua-dua belah meja semasa servis.
Rali
- Jika anda memukul sangga (memukul bola sebelum ia melantun di sebelah meja anda), anda kehilangan mata.
- Rali dikira masih berjalan sehinggalah salah seorang gagal mengembalikan bola.
- Jika anda menggerakkan meja atau menyentuhnya dengan tangan yang tidak memegang raket, anda kehilangan mata.
- Untuk memulakan permainan, seorang pemain menyembunyikan bola dalam tangan kiri atau kanan di bawah meja dan pemain satu lagi cuba meneka di tangan mana bola itu berada. Pemenang diberi pilihan untuk melakukan servis atau menerima servis, atau gelanggang sebelah mana dia mahu bermula. Selain cara ini, lantingan duit syiling juga boleh digunakan.
No comments:
Post a Comment