Saturday, May 25, 2013

Pembersihan Kediaman


  1. Tempat kediaman hendaklah sentiasa bersih dan kemas supaya kesihatan dan keselamatan setiap ahli keluarga terjamin.
  2. Tugasan pembersihan boleh dijadikan aktiviti keluarga. Ia dapat memupuk semangat kerjasama dan kekeluargaan.
  3. Pembersihan tempat kediaman boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:


a) pembersihan harian

  • tugasan yang dibuat setiap hari.
  • ia melibatkan kerja ringan dan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.
  • contohnya menyapu lantai, membuang sampah, mencuci pinggan mangkuk, mengemas katil, mengemas meja, mencuci pakaian dan melipat pakaian.

b) pembersihan mingguan

  • tugasan yang dibuat pada hujung minggu.
  • ia memerlukan masa dan tenaga yang lebih banyak.
  • contohnya mengelap tingkap, perabot, barang hiasan, mengemop lantai, menukar cadar dan sarung bantal, membersihkan bilik mandi dan tandas, membersihkan petisejuk, serta menjemur permaidani.

c) pembersihan berkala

  • tugasan yang dibuat sekali-sekala sahaja mengikut keperluan.
  • ia memerlukan masa dan tenaga yang banyak.
  • ia dibuat secara gotong-royong.
  • contohnya lampu, kipas, kekisi, menggilap perabot, membuang sawang, menggilap lantai, mengemas serta membersihkan stor dan almari.

No comments:

Post a Comment