# Penggunaan alat dan agen pencuci yang sesuai membantu kita membuat kerja-kerja membersih dengan lebih mudah dansempurna.
# Alat dan agen pencuci boleh menjimatkan masa untuk kerja pembersihan dan juga memudahkan proses mencuci.
# Alatan dan agen pencuci harus digunakansecara berhati-hati kerana penggunaannya yang tidak betul akan merosakkan alatan dan kelengkapan yang berkenaan.
AGEN PENCUCI DAN KANDUNGANNYA
- Terdapat pelbagai jenis agen pencuci di pasaran. Sebagai seorang pengguna yang bijak, kita perlu mengetahui tentang kegunaan setiap agen pencuci supaya kita dapat memilih jenis yang sesuai dengan kerja pembersihan yang hendak dilakukan. Agen pencuci yang biasa digunakan terdiri daripada sabun dan peluntur. Agen pencuci digunakan untuk membuang kotoran dan mengeluarkan tanda-tanda degil pada permukaan seperti meja, sinki dan lantai.
- Pemilihan dan penggunaan agen pencuci.
- Memilih dan menggunakan agen pencuci yang sesuai dan betul boleh menjimatkan masa dan tenaga.
- Label kandungan dan arahan penggunaan pada agen pencuci perlu dibaca dengan teliti semasa memilih dan menggunakannya.
- Semasa memilih agen pencuci, faktor-faktor berikut perlu diambil kira:
b) tahap kekotorannya
c) pilih agen pencuci yang berkualiti
d) pilih agen pencuci yang mesra alam
- Terdapat pelbagai agen pencuci yang mempunyai lebih daripada satu fungsi, contohnya agen pencuci lantai, ia mempunyai lebih daripada satu fungsi, ia boleh digunakan untuk mencuci lantai, membasmi kuman dan meninggalkan bau harum.
- Penggunaan agen pencuci yang salah boleh merosakkan alat kelengkapan tempat kediaman.
- Sebelum menggunakan agen pencuci, baca dengan teliti arahan dan peraturan pada label.
- Ikut arahan dan peraturan yang dinyatakan pada label untuk mendapat kesan yang lebih baik dan efisien.
- Simpankan agen pencuci di tempat yang selamat selepas digunakan, contohnya almari yang berkunci atau tempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment