JAHITAN ASAS
Jahitan asas perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum mempelajari jahitan lain. Jahitan asas boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
JAHITAN SEMENTARA
- Jahitan ini dibuat untuk sementara sahaja dan dibuka selepas dijahit dengan jahitan kekal.
- Gunakan satu lembar benang yang bewarna lebih muda dari warna fabrik supaya mudah dilihat.
- Jahitan sementara biasanya dimulakan dengan simpulan untuk memudahkan kerja menanggalkannya.
- Jahitan sementara boleh dibahagikan kepada berbagai jenis iaitu jahitan jelujur kasar, jelujur panjang pendek, jelujur halus, jelujur tegak/serong dan jahitan tanda.
- Jahitan sementara digunakan untuk:
- menanda kedudukan kocek atau lubang butang
- memindahkan garis-garis pola ke fabrik
- menetapkan kedudukan kelepet dan kelim
- melekatkan dua atau lebih kain
Jelujur kasar
- Guna satu lembar benang.
- Mulakan dengan jahit kia dan sudahkan dengan jahit kia juga.
- Adakalanya jelujur dimulakan dengan simpulan tetapi disudahkan dengan jahit kia.
Jelujur panjang pendek
- Jelujur ini lebih kukuh dan sesuai untuk kain-kain yang lembut dan licin.
- Mlakan dengan jahit kia dari kanan ke kiri.
- Jahit dua mata jahitan kira-kira ¼” panjangnya sekali gus dan kemudian satu mata jahitan panjang kira-kira ½”.
- Matikan dengan jahit kia.
Jelujur tegak/serong
- Jahitan ini tegak di sebelah kain dan serong di sebelah satu lagi.
- Ia digunakan untuk menetapkan dua atau lebih lapis kain untuk menjadikannya rata.
- Jelujur ini dibuat dengan meletakkan kain yang dijahit di atas meja.
Jahitan tanda
- Jahitan tanda digunakan untuk memindahkan tanda-tanda atau garisan-garisan pola dari kertas kepada kain.
- Garisan-garisan pola pada bahagian pakaian yang berlapis boleh dipindahkan dengan tepat.
- Guna dua lembar benang.
- Pada tepi-tepi yang lurus jahitan tanda boleh dijahit pada jarak yang jauh manakala pada tepi-tepi melengkung jahitan tanda patut dijahit lebih rapat.
Jelujur halus
- Melekatkan lapisan fabrik buat sementara.
- Mengukuhkan pinggang skirt, lubang lengan dan keruk leher.
- Menandakan garisan pola.
- Mengedutkan fabrik.
- Mengelakkan tepi kain daripada memeri.
- Menandakan lengan baju.
- Sebagai hiasan.
No comments:
Post a Comment