Sunday, September 30, 2012

Jahitan Asas - Kelim


KELIM

  1. Kelim adalah satu atau dua baris jahitan yang digunakan untuk mencantum atau menyambung dua atau lebih kepingan fabrik.
  2. Bertujuan member bentuk pada pakaian atau artikel dan sebagai hiasan juga.
  3. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung pada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim, jenis pakaian yang dibuat dan stail pakaian yang dipilih.
  4. Kelim terdiri daripada beberapa jenis iaitu:




Kelim belah kangkung

  • Kelim belah kangkung ialah sambungan atau cantuman dua atau lebih kepingan fabrik.
  • Sambungan ini dicantum dengan satu baris jahitan mesin dan basi kelim perlu dikemaskan.
  • Kelim ini sesuai untuk semua jenis fabrik kecuali fabrik yang nipis.
  • Kelim ini rata dan terbuka, lebar kedua-dua basi kelim mestilah sama dan mata jahitan tidak kelihatan dari sebelah luar.
  • Lebar belah kangkung yang telah siap ialah 2.5cm.
  • Kelim oerlu dikemaskan supaya tahan lama, fabrik tidak berjerumbai dan kelihatan lebih cantik.
  • Ada pelbagai cara mengemas tepi kelim belah kangkung. Antaranya mengggunakan mesin jahit tepi, jahitan insang pari, jahitan mesin dan kun.


Kelim betawi

  • Kelim betawi ialah kelim dalam kelim yang dijahit dengan dua baris jahitan.
  • Kelim ini mempunyai empat lapis fabrik, kukuh dan halus.
  • Kelim betawi sesuai untuk menjahit fabrik nipis atau fabrik berjerumbai.
  • Ia tidak bergulung, basinya tidak kelihatan di sebelah luar dan lebar kelim yang telah siap ialah antara 4-6mm.

No comments:

Post a Comment