MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KELAB REKA CIPTA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
Tarikh : 19 Jun 2013
Masa : 2.15 – 4.15 petang
Tempat : Bengkel Reka Bentuk & Teknologi
Kehadiran :
Pensyarah penasihat : 1) En. Wan
Azhar bin Wan Haron
2) En. Mohamad bin Md. Hanif
Pelajar : 36
orang
1. Ucapan Pengerusi
Penubuhan
En. Mohd Syazuwan bin Mohd
Zameri selaku penasihat penubuhan telah mengucapkan terima kasih kepada semua
yang hadir mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan matlamat mengadakan
mesyuarat ini untuk menubuhkan satu pertubuhan yang dinamakan Kelab Reka Cipta
IPGKSM
2. Perlembagaan Pertubuhan
Mesyuarat telah
berbincang perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan
telah diluluskan oleh semua ahli yang hadir.
Tujuan :
i. Membina individu yang kreatif dan inovatif
ii. Platform kepada
generasi muda untuk mengembangkan idea dan bakat untuk kepentingan umum
iii. Membentuk
keperibadian mulia, berketerampilan dan berkeyakinan tinggi
3.
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan
Ahli-ahli seperti berikut
telah dipilih:
Pengerusi : Ashraf bin Noordin
Naib Pengerusi : Muhammad Azrai Asraf bin Ashaari
Setiausaha : Syed Ameerudin Syah bin Syed Bahanudin
Penolong Setiausaha : Nur
Dian binti Zuhari
Bendahari : Nur Syahida Akma bin Abu Bakari
Ahli Jawatankuasa :
Reka Bentuk &
Teknologi 1
- Siti Nur’Aina binti Md. Noorizan
- Nazatul Hashimah binti Md. Razaligh
- Noor Najwa Arifa binti Saperi
- Mohd. Khairilrizwan bin Abdul Malik
- Mohd. Syahidnan bin Abdul Azfar
Reka Bentuk &
Teknologi 2
1. Ahmad Akma bin Nik Khalid
2. Muhamad Muazzin bin Mohd
Aminuddin
3. Mohamed Hidayat Hanifah bin Basheer
4. Nor Hafina binti Zulkifli
5. Nur Malihan binti Kamarizan
4. Ucapan Pengerusi Kelab
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli
kelab. Perjumpaan diadakan setiap minggu pada hari Rabu pada jam 2.15 - 5.15
petang. Kehadiran adalah wajib pada semua ahli.
5. Ucapan Setiausaha
Semua ahli hendaklah memberi kerjasama dengan
memberikan maklumat peribadi yang lengkap untuk diisikan dalam buku kehadiran
dan laporan.
6. Ucapan Bendahari
Semua ahli dikenakan bayaran RM 3 setiap
bulan.
7. Perancangan Aktiviti
Sidang mesyuarat
mengemukakan pelbagai cadangan aktiviti untuk dijalankan pada tahun 2013.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan:
- Kursus asas Autocad
- Lawatan ke Proton City
- Pertandingan Reka Cipta peringkat IPG Kampus Sultan
Mizan
- Pameran Reka Cipta
- Menghasilkan model melalui bahan terbuang (guna semula)
8. Penetapan Garis Panduan
Semua ahli wajib
berpakaian kemas serta berkasut agar sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
Selain itu, kehadiran adalah wajib serta datang tepat pada waktu perjumpaan
agar aktiviti mingguan dapat berjalankan dengan lancar. Setiap ahli wajib
membayar yuran bulanan kepada bendahari kelab.
Mesyuarat telah
ditamatkan pada jam 4.15 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
................................................. .................................................
(SYED AMEERUDIN SYAH (ASHRAF BIN NOORDIN)
BIN SYED BAHANUDIN)
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Reka Cipta IPGKSM. Kelab Reka Cipta IPGKSM.