Langkah Penyediaan Pastri Rapuh
Bil.
|
Langkah-langkah
|
Cara Penyediaan
|
Keterangan
|
1.
|
Timbang ramuan dan
panaskan ketuhar
|
- Ramuan disukat dengan betul dan
tepat.
|
- Tepung gandum jenis lembut sesuai
digunakan.
- Lemak disejukkan dahulu dalam peti
sejuk.
- Air sejuk berais membantu
membekukan lemak.
|
2.
|
Mengayak tepung
|
- Ayak tepung bersama garam.
|
- Supaya tepung tidak berketul.
- Dapat memerangkap udara.
|
3.
|
Gaul ramas lemak ke
dalam tepung
|
- Potong lemak dalam tepung
menggunakan pisau pelepa.
- Gaul dan ramas lemak ke tepung
dengan hujung jari sehingga menyerupai serbuk roti.
|
- Elakkan daripada menggunakan tapak
tangan kerana haba panas boleh mencairkan lemak.
- Angkat adunan tinggi supaya udara
dapat diperangkap.
|
4.
|
Memasukkan air sejuk
|
- Lubangkan di tengah adunan dan
masukkan air sekaligus serta gaul menggunakan pisau pelepah sehingga menjadi
doh.
- Uli sedikit menggunakan hujung
jari.
|
- Elakkan daripada memasukkan air
sedikit-sedikit kerana doh pastri akan retak.
- Jangan uli doh terlalu lama kerana
pastri akan menjadi liat.
|
5.
|
Mencanai dos pastri
|
- Tabur sedikit tepung di papan
canai. Torak doh pastri dengan gerakan yang pendek serta cepat dan tekanan
yang sama ke arah hadapan.
- Canai doh setebal 3mm untuk
dibakar dan nipis sedikit jika hendak digoreng.
|
- Doh pastri tidak boleh
diterbalikkan kerana doh akan meregang dan menghasilkan pastri yang liat.
|
6.
|
Membentuk pastri
|
- Gunakan pisau atau penerap yang
tajam.
- Bahagian pastri yang dicanai digunakan
untuk permukaan atas atau luar.
|
- Dapat mengekalkan bentuk pastri
dan mengelakkannya dari meregang.
- Permukaan atas lebih licin dan
elok.
|
7.
|
Merehatkan pastri
|
- Pastri direhatkan 10 minit di
tempat sejuk sebelum dibakar.
|
- Gluten di dalam tepung gandum akan
menjadi lembut dan kendur semula.
- Pastri tidak mengecut apabila
dibakar.
|
8.
|
Membakar
|
- Bakar pastri di dalam ketuhar
panas pada suhu 200-2200C atau gas regulo no 7 dan kemudiaannya dikurangkan
suhu kepada 1800C atau gas regulo no 5 untuk memasakkan intinya.
|
- Pastri yang dibakar perlu digilis
dengan kuning telur atau campuran susu dengan telur untuk kelihatan cantik.
- Suhu yang panas akan memecahkan
bijian kanji dan menyerap lemak yang cair ke dalam tepung.
|
9.
|
Menyejukkan psatri
|
- Pastri yang telah dibakar
diletakkan di atas redai kek.
|
- Elakkan daripada menyejukkan
pastri di bawah kipas angin kerana pastri akan menjadi lebih berat.
|
salam. saya nk mohon kebenaran untuk gunakan ilmu yang dishare ini. tq :)
ReplyDelete