Makanan yang
dihidang di meja makan mengambarkan kreativiti dan kemahiran dan keikhlasan
tukang masaknya. Kemahiran dan kreativiti dalam kalangan murid ini boleh
dipupuk dan dibina jika ada kesungguhan, komitmen, dedikasi dan kesediaan guru
meluangkan masa dan tenaga mendidik muridnya. Kemahiran ini tidak diperolehi melalui
pembacaan tetapi terdapat dalam peribadi murid iaitu memiliki disiplin diri
yang kental serta sikap positif. Sikap positif dan disiplin diri murid boleh
dibentuk jika guru memainkan peranan dari segi memberi bimbingan dan sokongan
yang padu kepada muridnya.
Makna
kreativiti dalam mata pelajaran masakan
Kreativiti dalam
masakan adalah kebolehan:
- Mengguna bahan-bahan dalam
menyediakan masakan;
- Menghias makanan dengan menarik;
- Mengguna pelbagai kaedah dalam
memasak makanan; dan
- Mempersembahkan makanan dari segi
hiasan, peralatan yang diguna untuk menghidang, susun atur makanan di meja
hidangan.
Bagaimana murid
boleh mencapai ke kemahiran seperti yang dicatat di atas? Guru yang berperanan
sebagai fasilitator dan pendorong boleh membentuk murid yang kreatif dalam
memasak melalui pengajaran dan amalan semasa amali.
Mengapa
guru perlu menerap unsur kreativiti dalam pengajaran?
Pemikiran kreatif
boleh diajar kepada murid-murid. Murid perlu diajar kemahiran berfikir kerana
ia membantu murid:
i. Mengguna
alat dan sumber teknologi dalam masakan;
ii. Membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dari segi bahan, peralatan dan masa dengan
bijak;
iii. Mengatasi
kesilapan dalam masakan dengan rasional;
iv. Meningkatkan
perkembangan kognitif dan afektif;
v. Bersikap
terbuka dalam menerima dan memberi pendapat;
vi. Membina
keyakinan diri untuk memberi hujah;
vii. Memberi
pandangan berdasarkan alasan dan bukti; dan
viii. Mengaplikasi
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran secara praktis.
Bagaimana
cara meningkatkan pemikiran kreatif dalam kalangan murid-murid?
Terdapat pelbagai
cara yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan pemikiran kreatif dalam
kalangan murid. Untuk mengalak pemikiran kreatif ini pertama ia perlu bermula
dari guru. Ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh guru adalah seperti berikut:
- Berfikiran terbuka
- Berpengetahuan dalam bidang masakan
- Mempunyai visi dan ia yang perlu diberitahu kepada murid supaya mereka tahu harapan guru
- Adil dalam melayan keperluan murid
- Menyokong/memotivasi murid
- Peka dengan keadaan persekitaran
- Galakkan murid bekerja dalam kumpulan
- Mesra dengan murid
- Bersedia untuk membantu
- Pendengar yang efektif
- Elak memberi tekanan kepada murid
- Feksibel
Guru perlu
mengamalkan empat prinsip iaitu, (i) sifat kasih sayang – penerimaan sosial;
(ii) keseronokan – mencabar minda, motivasi (iii) kebebasan - memberi ruang
kepada murid menyelesaikan masalah; dan (iv) kuasa – memberi ruang kepada murid
memenuhi keperluan supaya ada rasa kepuasan yang merupakan terapi realiti dalam
pengururan bilik darjah yang dipelopori oleh Glasser (Larrivee, 2009).
Aktiviti
yang mencungkil pemikiran kreatif dalam kalangan murid
Berikut adalah
beberapa cadangan aktiviti yang boleh guru berikan kepada murid:
- Koleksi resipi contoh Koleksi Minuman Sri Dewi
- Pertandingan memasak contoh pertandingan menyediakan sarapan
- Membuat projek contoh menguruskan jamuan hari sukan sekolah
- Membuat refleksi
- Menjadi penilai/hakim selepas kelas masakan
No comments:
Post a Comment