Tuesday, November 13, 2012
Lipatan Napkin - Lipatan "Pocket"
Lipatan Napkin - Lipatan Tulip
| 1. Mulai dengan napkin yang telah disetrika dengan sedikit kanji | |
|
2. Lipat 2 napkin membentuk segitiga, putar sehingga yang terbuka ada dibagian atas.
|
|
|
3. Lipat sisi kiri bawah menuju ujung atas.
|
|
|
4. Lipat sisi kanan bawah menuju ujung atas
|
|
|
5. Lipat sisi kiri menuju tengah.
|
|
|
6.Lipat sisi kanan menuju tengah.
|
|
|
7. Lipat napkin menjadi setengah dengan melipat keluar.
|
|
|
8. Pegang napkin yang dilipat tadi, pelan-pelan buka dan letakan di meja datar (bagian yang dilipat menghadap meja). Lipatan tadi akan terlihat sedikit jatuh, rapikan tengah lipatan agar napkin terlihat seimbang.
|
Sunday, September 30, 2012
Jahitan Asas - Kelim
KELIM
- Kelim adalah satu atau dua baris jahitan yang digunakan untuk mencantum atau menyambung dua atau lebih kepingan fabrik.
- Bertujuan member bentuk pada pakaian atau artikel dan sebagai hiasan juga.
- Pemilihan kelim pada pakaian bergantung pada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim, jenis pakaian yang dibuat dan stail pakaian yang dipilih.
- Kelim terdiri daripada beberapa jenis iaitu:
Kelim belah kangkung
- Kelim belah kangkung ialah sambungan atau cantuman dua atau lebih kepingan fabrik.
- Sambungan ini dicantum dengan satu baris jahitan mesin dan basi kelim perlu dikemaskan.
- Kelim ini sesuai untuk semua jenis fabrik kecuali fabrik yang nipis.
- Kelim ini rata dan terbuka, lebar kedua-dua basi kelim mestilah sama dan mata jahitan tidak kelihatan dari sebelah luar.
- Lebar belah kangkung yang telah siap ialah 2.5cm.
- Kelim oerlu dikemaskan supaya tahan lama, fabrik tidak berjerumbai dan kelihatan lebih cantik.
- Ada pelbagai cara mengemas tepi kelim belah kangkung. Antaranya mengggunakan mesin jahit tepi, jahitan insang pari, jahitan mesin dan kun.
Kelim betawi
- Kelim betawi ialah kelim dalam kelim yang dijahit dengan dua baris jahitan.
- Kelim ini mempunyai empat lapis fabrik, kukuh dan halus.
- Kelim betawi sesuai untuk menjahit fabrik nipis atau fabrik berjerumbai.
- Ia tidak bergulung, basinya tidak kelihatan di sebelah luar dan lebar kelim yang telah siap ialah antara 4-6mm.
Jahitan Asas - Jahitan Pengemas
JAHITAN PENGEMAS
- Jahitan ini adalah jahitan kekal.
- Jahitan ini digunakan untuk:
- menetapkan kelepet
- menetapkan lipatan
- mengemas tepi kain
Jahitan lilit kemas
- Jahitan lilit kemas digunakan untuk mengemas tepi tunggal atau beberapa tepi bersama pada sebelah dalam misalnya, tepi basi kelim belah kangkung dan sebagainya.
- Jahitan ini dimulakan dari kiri ke kanan di sebelah dalam kain.
- Jahitan ini dimulakan dengan menjahit kia dan memasukkan jarum menyerung dari belakang.
- Matikan dengan menjahit kia juga atau selitkan benang.
Jahitan insang pari
- Jahitan ini dilakukan dari kiri ke kanan.
- Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak.
- Cucuk jarum menegak dan halakan jarum ke arah penjahit.
- Letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.
- Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir.
Jahitan Asas - Penyudah Tepi
PENYUDAH TEPI
Kelepet
- Penyudah tepi ialah satu proses jahitan yang dibuat untuk mengukuh dan menghias tepi jahitan.
- Penyudah tepi dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
Kelepet
- Kelepet ialah sejenis penyudah tepi yang dihasilkan dengan melipat tepi fabrik ke sebelah dalam.
- Kelepet di tetapkan dengan jahitan mesin atau jahitan tangan.
- Terdapat dua jenis kelepet iaitu kelepet lurus dan kelepet melengkung.
- Lebar kelepet biasanya berukuran 5mm-4cm.
- Kelepet biasanya ditetapkan dengan jahitan sembat, jahitan sembat susup, jahitan silang pengkah atau jahitan mesin.
Kun
- Kun ialah suatu kaedah penyudah tepi yang dapat dibuat sendiri daripada fabrik yang sama atau dibeli siap.
- Kun ialah penyudah tepi yang sangat sesuai untuk fabrik nipis atau sederhana yang mudah berbulu.
- Bahagian pakaian yang sesuai untuk dikemaskan dengan kun termasuklah garis leher, hujung lengan dan bahagian bawah blaus.
- Biasanya lebar kun yang telah siap ialah 6mm-1cm.
Renda
- Renda adalah sejenis penyudah tepi yang dibuat daripada fabrik kapas, linen atau nilon.
- Renda sangat sesuai untuk pakaian kanak-kanak, blaus, pakaian dalam, pakaian tidur dan artikel.
- Renda jahitan tangan adalah lebih mahal daripada renda jahitan mesin.
- Pilihan renda mestilah sepadan dengan warna fabrik dan jika berwarna meatilah tidak mudah luntur.
- Renda dijahit pada artikel/pakaian dengan jahitan tangan dan jahitan mesin.
Lapik
- Lapik ialah proses menjahit fabrik yang ditambah pada tepi fabrik, artikel atau pakaian dengan tujuan mengemas tepinya.
- Lapik ditetapkan dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan tangan.
- Terdapat dua jenis lapik iaitu lapik lurus dan lapik berbentuk.
Jahitan Asas - Jahitan Kekal
JAHITAN KEKAL
Jahitan kia
+ menggantikan jahitan mesin
+ memula dan mematikan jahitan
+ jahitan perhiasan
Jahitan sembat susup
- Jahitan kekal terdiri daripada:
- Jahitan ini digunakan untuk menyamabung dua atau lebih helaian kain. Selain dari itu, ia juga digunakan untuk menetapkan kelepet dan lipatan serta mengemas tepi kain.
- Oleh kerana jahitan ini kekal, benang yang digunakan mestilah sama dengan warna kain.
Jahitan kia
- Gunakan warna benang yang sama warna dengan warna fabric.
- Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus.
- Jarak mata jahitan antara 3-5mm.
- Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.
- Jahitan ini kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin di sebelah luar dan jahitan batang di sebelah dalam.
- Jahitan kia juga digunakan untuk:
+ menggantikan jahitan mesin
+ memula dan mematikan jahitan
+ jahitan perhiasan
- Jahit sembat dimulakan dari kanan ke kiri.
- Jahitan ini dijahit menyerung pada sudut 30°.
- Jahitan ini dimulakan dan diakhiri dengan jahitan kia dibawah lipatan.
- Jahitan sembat adalah jahitan yang teguh, halus dan sekata.
- Ia boleh dilihat dari sebelah luar.
Jahitan sembat susup
- Jahitan sembat susup dijahit dari kanan ke kiri di sebelah dalam kain.
- Jahitan ini dimulakan dan diakhiri dengan jahitan kia di bawah lipatan.
- Ambil sedikit fabrik serapat yang boleh dengan tepi berlapis.
- Tarik jarum keluar kemudian terus susupkan jarum di dalam lipatan dengan jarak 0.5cm.
- Jahitan ini sangat kemas sehingga tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.
- Jahitan ini tidak sekukuh jahitan sembat.
- Jahitan ini dimulakan dari kiri ke kanan.
- Mulakan dengan jahit kia ke atas sedikit dari lipatan kain.
- Jahit satu mata jahitan seperti jahit sembat pada selapis fabric di bahagian bawah lipatan, tarik jarum di bawah hujung jahitan kia yang dibuat terlebih dahulu tadi.
- Buat mata jahitan barikut pada dua lapisan kain di atas hujung mata jahitan sembat yang pertama.
- Ulang jahitan sehingga siap.
- Jahitan silang pangkah digunakan:
+ untuk melekatkan kelepet fabrik
+ sebagai jahitan perhiasan
Jahitan Asas - Jahitan Sementara
JAHITAN ASAS
Jahitan asas perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum mempelajari jahitan lain. Jahitan asas boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
JAHITAN SEMENTARA
- Jahitan ini dibuat untuk sementara sahaja dan dibuka selepas dijahit dengan jahitan kekal.
- Gunakan satu lembar benang yang bewarna lebih muda dari warna fabrik supaya mudah dilihat.
- Jahitan sementara biasanya dimulakan dengan simpulan untuk memudahkan kerja menanggalkannya.
- Jahitan sementara boleh dibahagikan kepada berbagai jenis iaitu jahitan jelujur kasar, jelujur panjang pendek, jelujur halus, jelujur tegak/serong dan jahitan tanda.
- Jahitan sementara digunakan untuk:
- menanda kedudukan kocek atau lubang butang
- memindahkan garis-garis pola ke fabrik
- menetapkan kedudukan kelepet dan kelim
- melekatkan dua atau lebih kain
Jelujur kasar
- Guna satu lembar benang.
- Mulakan dengan jahit kia dan sudahkan dengan jahit kia juga.
- Adakalanya jelujur dimulakan dengan simpulan tetapi disudahkan dengan jahit kia.
Jelujur panjang pendek
- Jelujur ini lebih kukuh dan sesuai untuk kain-kain yang lembut dan licin.
- Mlakan dengan jahit kia dari kanan ke kiri.
- Jahit dua mata jahitan kira-kira ¼” panjangnya sekali gus dan kemudian satu mata jahitan panjang kira-kira ½”.
- Matikan dengan jahit kia.
Jelujur tegak/serong
- Jahitan ini tegak di sebelah kain dan serong di sebelah satu lagi.
- Ia digunakan untuk menetapkan dua atau lebih lapis kain untuk menjadikannya rata.
- Jelujur ini dibuat dengan meletakkan kain yang dijahit di atas meja.
Jahitan tanda
- Jahitan tanda digunakan untuk memindahkan tanda-tanda atau garisan-garisan pola dari kertas kepada kain.
- Garisan-garisan pola pada bahagian pakaian yang berlapis boleh dipindahkan dengan tepat.
- Guna dua lembar benang.
- Pada tepi-tepi yang lurus jahitan tanda boleh dijahit pada jarak yang jauh manakala pada tepi-tepi melengkung jahitan tanda patut dijahit lebih rapat.
Jelujur halus
- Melekatkan lapisan fabrik buat sementara.
- Mengukuhkan pinggang skirt, lubang lengan dan keruk leher.
- Menandakan garisan pola.
- Mengedutkan fabrik.
- Mengelakkan tepi kain daripada memeri.
- Menandakan lengan baju.
- Sebagai hiasan.
Subscribe to:
Comments (Atom)





















