Wednesday, December 19, 2012

Lipatan Napkin - Lipatan Snowflake

Mulakan dengan napkin yang telah disetrika dengan sedikit kanji, ratakan napkin. Letakkan posisi napkin bahagian luar diatas secara melintang pada permukaan rata. Lipat hujung sisi bahagian atas ke titik tengah. Lipat hujung bawah ke titik tengah.
Lipat kedua sisi kiri dan kanan ke titik tengah.
Dengan perlahan, balik lipatan atasnya menjadi ke bawah (menghadap meja).
Kemudian, lipat semua sisinya menuju titik tengah.

Dengan perlahan, balik lipatan atasnya menjadi kebawah (menghadap meja).
 

Terakhir, lipat setiap sisinya ke titik tengah.

Tarik tiap sisinya keluar. Akhirnya napkin akan berbentuk seperti serpihan
salji “snowflake”

 Letakkan di atas pinggan hidangan.



Lipatan Napkin - Lipatan Kipas / “ accordion “

Mulai dengan napkin yang telah diseterika dengan sedikit kanji.
Dengan napkin yang diletakkan ditempat yang rata, lipat seperti kipas dengan jarak 1 inci atau 1½ inci, ulangi sampai semua terlipat
Lipat bagian tengah napkin menjadi dua.
Akhiri dengan menyisipkan cincin dekorasi napkin dan buka bahagian
atasnya menyerupai kipas

Tuesday, November 13, 2012

Lipatan Napkin - Lipatan "Pocket"

Mulai dengan Napkin dari kertas atau bahan (disini napkin kertas) Lipat
menjadi seperempat. Letakkan napkin secara diagonal dengan sisi yang terbuka diatas


Gulung lapisan pertama dari 4 lapisan menuju tengah napkin.

Balik napkin dan lipat sisi kiri menuju tengah napkin.

Ulangi untuk bahagian kanan. Jika napkin akan digunakan untuk membawa silverware untuk makan saat picnic. Letakan stiker dekorasi dibelakang agar napkin tetap dalam lipatan tadi.

Balik posisi Napkin
Masukkan Garpu, pisau dan sendok.

Lipatan Napkin - Lipatan Tulip


1. Mulai dengan napkin yang telah disetrika dengan sedikit kanji
2. Lipat 2 napkin membentuk segitiga, putar sehingga yang terbuka ada dibagian atas.
3. Lipat sisi kiri bawah menuju ujung atas.
4. Lipat sisi kanan bawah menuju ujung atas
5. Lipat sisi kiri menuju tengah.
6.Lipat sisi kanan menuju tengah.
7. Lipat napkin menjadi setengah dengan melipat keluar.
8. Pegang napkin yang dilipat tadi, pelan-pelan buka dan letakan di meja datar (bagian yang dilipat menghadap meja). Lipatan tadi akan terlihat sedikit jatuh, rapikan tengah lipatan agar napkin terlihat seimbang.





Sunday, September 30, 2012

Jahitan Asas - Kelim


KELIM

  1. Kelim adalah satu atau dua baris jahitan yang digunakan untuk mencantum atau menyambung dua atau lebih kepingan fabrik.
  2. Bertujuan member bentuk pada pakaian atau artikel dan sebagai hiasan juga.
  3. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung pada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim, jenis pakaian yang dibuat dan stail pakaian yang dipilih.
  4. Kelim terdiri daripada beberapa jenis iaitu:




Kelim belah kangkung

  • Kelim belah kangkung ialah sambungan atau cantuman dua atau lebih kepingan fabrik.
  • Sambungan ini dicantum dengan satu baris jahitan mesin dan basi kelim perlu dikemaskan.
  • Kelim ini sesuai untuk semua jenis fabrik kecuali fabrik yang nipis.
  • Kelim ini rata dan terbuka, lebar kedua-dua basi kelim mestilah sama dan mata jahitan tidak kelihatan dari sebelah luar.
  • Lebar belah kangkung yang telah siap ialah 2.5cm.
  • Kelim oerlu dikemaskan supaya tahan lama, fabrik tidak berjerumbai dan kelihatan lebih cantik.
  • Ada pelbagai cara mengemas tepi kelim belah kangkung. Antaranya mengggunakan mesin jahit tepi, jahitan insang pari, jahitan mesin dan kun.


Kelim betawi

  • Kelim betawi ialah kelim dalam kelim yang dijahit dengan dua baris jahitan.
  • Kelim ini mempunyai empat lapis fabrik, kukuh dan halus.
  • Kelim betawi sesuai untuk menjahit fabrik nipis atau fabrik berjerumbai.
  • Ia tidak bergulung, basinya tidak kelihatan di sebelah luar dan lebar kelim yang telah siap ialah antara 4-6mm.

Jahitan Asas - Jahitan Pengemas


JAHITAN PENGEMAS

  1. Jahitan ini adalah jahitan kekal.
  2. Jahitan ini digunakan untuk:
  • menetapkan kelepet
  • menetapkan lipatan
  • mengemas tepi kain


Jahitan lilit kemas

  • Jahitan lilit kemas digunakan untuk mengemas tepi tunggal atau beberapa tepi bersama pada sebelah dalam misalnya, tepi basi kelim belah kangkung dan sebagainya.
  • Jahitan ini dimulakan dari kiri ke kanan di sebelah dalam kain.
  • Jahitan ini dimulakan dengan menjahit kia dan memasukkan jarum menyerung dari belakang.
  • Matikan dengan menjahit kia juga atau selitkan benang.


Jahitan insang pari

  • Jahitan ini dilakukan dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak.
  • Cucuk jarum menegak dan halakan jarum ke arah penjahit.
  • Letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.
  • Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir.

Jahitan Asas - Penyudah Tepi

PENYUDAH TEPI
  1. Penyudah tepi ialah satu proses jahitan yang dibuat untuk mengukuh dan menghias tepi jahitan.
  2. Penyudah tepi dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

Kelepet
  • Kelepet ialah sejenis penyudah tepi yang dihasilkan dengan melipat tepi fabrik ke sebelah dalam.
  • Kelepet di tetapkan dengan jahitan mesin atau jahitan tangan.
  • Terdapat dua jenis kelepet iaitu kelepet lurus dan kelepet melengkung.
  • Lebar kelepet biasanya berukuran 5mm-4cm.
  • Kelepet biasanya ditetapkan dengan jahitan sembat, jahitan sembat susup, jahitan silang pengkah atau jahitan mesin.

Kun
  • Kun ialah suatu kaedah penyudah tepi yang dapat dibuat sendiri daripada fabrik yang sama atau dibeli siap.
  • Kun ialah penyudah tepi yang sangat sesuai untuk fabrik nipis atau sederhana yang mudah berbulu.
  • Bahagian pakaian yang sesuai untuk dikemaskan dengan kun termasuklah garis leher, hujung lengan dan bahagian bawah blaus.
  • Biasanya lebar kun yang telah siap ialah 6mm-1cm.

Renda
  • Renda adalah sejenis penyudah tepi yang dibuat daripada fabrik kapas, linen atau nilon.
  • Renda sangat sesuai untuk pakaian kanak-kanak, blaus, pakaian dalam, pakaian tidur dan artikel.
  • Renda jahitan tangan adalah lebih mahal daripada renda jahitan mesin.
  • Pilihan renda mestilah sepadan dengan warna fabrik dan jika berwarna meatilah tidak mudah luntur.
  • Renda dijahit pada artikel/pakaian dengan jahitan tangan dan jahitan mesin.

Lapik
  • Lapik ialah proses menjahit fabrik yang ditambah pada tepi fabrik, artikel atau pakaian dengan tujuan mengemas tepinya.
  • Lapik ditetapkan dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan tangan.
  • Terdapat dua jenis lapik iaitu lapik lurus dan lapik berbentuk.