Saturday, May 25, 2013

Agen Pencuci - Pencuci Lantai


Bahan kandungan:
  -caustic potash
  -tall oil fatty acid
  -pine oil
  -csopropyl alcohol
  -sodium lauryl sulphate

Kegunaan :
Terdapat dalam bentuk serbuk dan cecair
Membersihkan lantai dan tempat kediaman

Agen Pencuci - Pencuci Tandas


Bahan kandungan:
 -caustic potash
 -tall oil fatty acid
 -pine oil
 -csopropyl alcohol
-sodium lauryl sulphate

Kegunaan :
Terdapat dalam bentuk cecair
Membersihkan mangkuk tandas, membasmi kuman dan mengharumkan mangkuk tandas

Agen Pencuci - Pencuci Cermin

Bahan kandungan:
 -caustic soda
 -sodium benzoate
 -linear alkylne benzene sulphanate
 -carbomethyl cellulose
 -sodium chloride

Kegunaan :
Terdapat dalam bentuk cecair
Mencuci cermin tingkap

Agen Pencuci - Bahan Las

Bahan kandungan:
 -benzyl alkyl sulfonate
 -flurescent
 -fosfat
 -silika
 -natrium karbonat
 -natrium silikat
 -natrium metasilikat

Kegunaan :
Terdapat dalam serbuk dan cecair
Mengeluarkan tanda-tanda degil yang tidak mudah calar

Agen Pencuci - Detergen

Bahan kandungan:
-benzyl alkyl sulfonate
-flurescent
-fosfat
-silika
-natrium karbonat
-natrium silikat
-natrium metasilikat

Kegunaan :
Terdapat dalam serbuk dan cecair.
Membuang kotoran yang terdapat pada lantai, tingkap, pintu, lantai berjubin, sinki dan tab mandi.

Alatan dan Agen Pencuci

# Kita memerlukan alat dan agen pencuci untuk melaksanakan tugas membersihkan tempat kediaman.
# Penggunaan alat dan agen pencuci yang sesuai membantu kita membuat kerja-kerja membersih dengan lebih mudah dansempurna.
# Alat dan agen pencuci boleh menjimatkan masa untuk kerja pembersihan dan juga memudahkan proses mencuci.
# Alatan dan agen pencuci harus digunakansecara berhati-hati kerana penggunaannya yang tidak betul akan merosakkan alatan dan kelengkapan yang berkenaan.

AGEN PENCUCI DAN KANDUNGANNYA

  1. Terdapat pelbagai jenis agen pencuci di pasaran. Sebagai seorang pengguna yang bijak, kita perlu mengetahui tentang kegunaan setiap agen pencuci supaya kita dapat memilih jenis yang sesuai dengan kerja pembersihan yang hendak dilakukan. Agen pencuci yang biasa digunakan terdiri daripada sabun dan peluntur. Agen pencuci digunakan untuk membuang kotoran dan mengeluarkan tanda-tanda degil pada permukaan seperti meja, sinki dan lantai.
  2. Pemilihan dan penggunaan agen pencuci.


  • Memilih dan menggunakan agen pencuci yang sesuai dan betul boleh menjimatkan masa dan tenaga.
  • Label kandungan dan arahan penggunaan pada agen pencuci perlu dibaca dengan teliti semasa memilih dan menggunakannya.
  • Semasa memilih agen pencuci, faktor-faktor berikut perlu diambil kira:
                a) jenis permukaan yang hendak dicuci
        b) tahap kekotorannya
        c) pilih agen pencuci yang berkualiti
        d) pilih agen pencuci yang mesra alam
  • Terdapat pelbagai agen pencuci yang mempunyai lebih daripada satu fungsi, contohnya agen pencuci lantai, ia mempunyai lebih daripada satu fungsi, ia boleh digunakan untuk mencuci lantai, membasmi kuman dan meninggalkan bau harum.
  • Penggunaan agen pencuci yang salah boleh merosakkan alat kelengkapan tempat kediaman.
  • Sebelum menggunakan agen pencuci, baca dengan teliti arahan dan peraturan pada label.
  • Ikut arahan dan peraturan yang dinyatakan pada label untuk mendapat kesan yang lebih baik dan efisien.
  • Simpankan agen pencuci di tempat yang selamat selepas digunakan, contohnya almari yang berkunci atau tempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.


Pembersihan Kediaman


  1. Tempat kediaman hendaklah sentiasa bersih dan kemas supaya kesihatan dan keselamatan setiap ahli keluarga terjamin.
  2. Tugasan pembersihan boleh dijadikan aktiviti keluarga. Ia dapat memupuk semangat kerjasama dan kekeluargaan.
  3. Pembersihan tempat kediaman boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:


a) pembersihan harian

  • tugasan yang dibuat setiap hari.
  • ia melibatkan kerja ringan dan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.
  • contohnya menyapu lantai, membuang sampah, mencuci pinggan mangkuk, mengemas katil, mengemas meja, mencuci pakaian dan melipat pakaian.

b) pembersihan mingguan

  • tugasan yang dibuat pada hujung minggu.
  • ia memerlukan masa dan tenaga yang lebih banyak.
  • contohnya mengelap tingkap, perabot, barang hiasan, mengemop lantai, menukar cadar dan sarung bantal, membersihkan bilik mandi dan tandas, membersihkan petisejuk, serta menjemur permaidani.

c) pembersihan berkala

  • tugasan yang dibuat sekali-sekala sahaja mengikut keperluan.
  • ia memerlukan masa dan tenaga yang banyak.
  • ia dibuat secara gotong-royong.
  • contohnya lampu, kipas, kekisi, menggilap perabot, membuang sawang, menggilap lantai, mengemas serta membersihkan stor dan almari.