Wednesday, August 20, 2014

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KELAB REKA CIPTA

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KELAB REKA CIPTA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

Tarikh             : 19 Jun 2013
Masa              : 2.15 – 4.15 petang
Tempat           : Bengkel Reka Bentuk & Teknologi
Kehadiran       :
                      Pensyarah penasihat : 1) En. Wan Azhar bin Wan Haron
                                                    2) En. Mohamad bin Md. Hanif
                      Pelajar                     : 36 orang

1.    Ucapan Pengerusi Penubuhan
En. Mohd Syazuwan bin Mohd Zameri selaku penasihat penubuhan telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini untuk menubuhkan satu pertubuhan yang dinamakan Kelab Reka Cipta IPGKSM

2.    Perlembagaan Pertubuhan
Mesyuarat telah berbincang perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan telah diluluskan oleh semua ahli yang hadir.
Tujuan :
i.  Membina individu yang kreatif dan inovatif
ii. Platform kepada generasi muda untuk mengembangkan idea dan bakat untuk kepentingan umum
iii. Membentuk keperibadian mulia, berketerampilan dan berkeyakinan tinggi

3.    Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan
Ahli-ahli seperti berikut telah dipilih:
Pengerusi                     : Ashraf bin Noordin
Naib Pengerusi             : Muhammad Azrai Asraf bin Ashaari
Setiausaha                  : Syed Ameerudin Syah bin Syed Bahanudin
Penolong Setiausaha     : Nur Dian binti Zuhari
Bendahari                    : Nur Syahida Akma bin Abu Bakari
Ahli Jawatankuasa :
Reka Bentuk & Teknologi 1
  1. Siti Nur’Aina binti Md. Noorizan
  2. Nazatul Hashimah binti Md. Razaligh
  3. Noor Najwa Arifa binti Saperi
  4. Mohd. Khairilrizwan bin Abdul Malik
  5. Mohd. Syahidnan bin Abdul Azfar
Reka Bentuk & Teknologi 2
1.    Ahmad Akma bin Nik Khalid
2.    Muhamad Muazzin bin Mohd Aminuddin
3.    Mohamed Hidayat Hanifah bin Basheer
4.    Nor Hafina binti Zulkifli
5.    Nur Malihan binti Kamarizan

4.    Ucapan Pengerusi Kelab
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli kelab. Perjumpaan diadakan setiap minggu pada hari Rabu pada jam 2.15 - 5.15 petang. Kehadiran adalah wajib pada semua ahli.

5.    Ucapan Setiausaha
Semua ahli hendaklah memberi kerjasama dengan memberikan maklumat peribadi yang lengkap untuk diisikan dalam buku kehadiran dan laporan.

6.    Ucapan Bendahari
Semua ahli dikenakan bayaran RM 3 setiap bulan.

7.    Perancangan Aktiviti
Sidang mesyuarat mengemukakan pelbagai cadangan aktiviti untuk dijalankan pada tahun 2013. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan:
  1. Kursus asas Autocad
  2. Lawatan ke Proton City
  3. Pertandingan Reka Cipta peringkat IPG Kampus Sultan Mizan
  4. Pameran Reka Cipta
  5. Menghasilkan model melalui bahan terbuang (guna semula)

8.    Penetapan Garis Panduan
Semua ahli wajib berpakaian kemas serta berkasut agar sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, kehadiran adalah wajib serta datang tepat pada waktu perjumpaan agar aktiviti mingguan dapat berjalankan dengan lancar. Setiap ahli wajib membayar yuran bulanan kepada bendahari kelab.
Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 4.15 petang.



Disediakan oleh,                                    Disemak oleh,

.................................................                                     .................................................
(SYED AMEERUDIN SYAH                           (ASHRAF BIN NOORDIN)
BIN SYED BAHANUDIN)
Setiausaha,                                          Pengerusi,
Kelab Reka Cipta IPGKSM.                         Kelab Reka Cipta IPGKSM.

No comments:

Post a Comment