Wednesday, August 20, 2014

TOPIK 2 - Penerapan unsur kreativiti dalam pengajaran

Makanan yang dihidang di meja makan mengambarkan kreativiti dan kemahiran dan keikhlasan tukang masaknya. Kemahiran dan kreativiti dalam kalangan murid ini boleh dipupuk dan dibina jika ada kesungguhan, komitmen, dedikasi dan kesediaan guru meluangkan masa dan tenaga mendidik muridnya. Kemahiran ini tidak diperolehi melalui pembacaan tetapi terdapat dalam peribadi murid iaitu memiliki disiplin diri yang kental serta sikap positif. Sikap positif dan disiplin diri murid boleh dibentuk jika guru memainkan peranan dari segi memberi bimbingan dan sokongan yang padu kepada muridnya.

Makna kreativiti dalam mata pelajaran masakan
Kreativiti dalam masakan adalah kebolehan:
  1. Mengguna bahan-bahan dalam menyediakan masakan;
  2. Menghias makanan dengan menarik;
  3. Mengguna pelbagai kaedah dalam memasak makanan; dan
  4. Mempersembahkan makanan dari segi hiasan, peralatan yang diguna untuk menghidang, susun atur makanan di meja hidangan.
Bagaimana murid boleh mencapai ke kemahiran seperti yang dicatat di atas? Guru yang berperanan sebagai fasilitator dan pendorong boleh membentuk murid yang kreatif dalam memasak melalui pengajaran dan amalan semasa amali.

Mengapa guru perlu menerap unsur kreativiti dalam pengajaran?
Pemikiran kreatif boleh diajar kepada murid-murid. Murid perlu diajar kemahiran berfikir kerana ia membantu murid:
i.    Mengguna alat dan sumber teknologi dalam masakan;
ii.   Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dari segi bahan, peralatan dan masa dengan bijak;
iii.   Mengatasi kesilapan dalam masakan dengan rasional;
iv.   Meningkatkan perkembangan kognitif dan afektif;
v.    Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat;
vi.    Membina keyakinan diri untuk memberi hujah;
vii.   Memberi pandangan berdasarkan alasan dan bukti; dan
viii.  Mengaplikasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran secara praktis.
  
Bagaimana cara meningkatkan pemikiran kreatif dalam kalangan murid-murid?  
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan pemikiran kreatif dalam kalangan murid. Untuk mengalak pemikiran kreatif ini pertama ia perlu bermula dari guru. Ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh guru adalah seperti berikut:
  1. Berfikiran terbuka
  2. Berpengetahuan dalam bidang masakan
  3. Mempunyai visi dan ia yang perlu diberitahu kepada murid supaya mereka tahu harapan guru
  4. Adil dalam melayan keperluan murid
  5. Menyokong/memotivasi murid
  6. Peka dengan keadaan persekitaran
  7. Galakkan murid bekerja dalam kumpulan
  8. Mesra dengan murid
  9. Bersedia untuk membantu
  10. Pendengar yang efektif
  11. Elak memberi tekanan kepada murid
  12. Feksibel

Guru perlu mengamalkan empat prinsip iaitu, (i) sifat kasih sayang – penerimaan sosial; (ii) keseronokan – mencabar minda, motivasi (iii) kebebasan - memberi ruang kepada murid menyelesaikan masalah; dan (iv) kuasa – memberi ruang kepada murid memenuhi keperluan supaya ada rasa kepuasan yang merupakan terapi realiti dalam pengururan bilik darjah yang dipelopori oleh Glasser (Larrivee, 2009).

Aktiviti yang mencungkil pemikiran kreatif dalam kalangan murid
Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti yang boleh guru berikan kepada murid:
  • Koleksi resipi contoh Koleksi Minuman Sri Dewi
  • Pertandingan memasak contoh pertandingan menyediakan sarapan
  • Membuat projek contoh menguruskan jamuan hari sukan sekolah
  • Membuat refleksi
  • Menjadi penilai/hakim selepas kelas masakan

No comments:

Post a Comment