Wednesday, August 20, 2014

Pastri Rapuh


Langkah Penyediaan Pastri Rapuh
Bil.
Langkah-langkah
Cara Penyediaan
Keterangan
1.
Timbang ramuan dan panaskan ketuhar
-       Ramuan disukat dengan betul dan tepat.
-       Tepung gandum jenis lembut sesuai digunakan.
-       Lemak disejukkan dahulu dalam peti sejuk.
-       Air sejuk berais membantu membekukan lemak.
2.
Mengayak tepung
-       Ayak tepung bersama garam.
-       Supaya tepung tidak berketul.
-       Dapat memerangkap udara.
3.
Gaul ramas lemak ke dalam tepung
-       Potong lemak dalam tepung menggunakan pisau pelepa.
-       Gaul dan ramas lemak ke tepung dengan hujung jari sehingga menyerupai serbuk roti.
-       Elakkan daripada menggunakan tapak tangan kerana haba panas boleh mencairkan lemak.
-       Angkat adunan tinggi supaya udara dapat diperangkap.
4.
Memasukkan air sejuk
-       Lubangkan di tengah adunan dan masukkan air sekaligus serta gaul menggunakan pisau pelepah sehingga menjadi doh.
-       Uli sedikit menggunakan hujung jari.
-       Elakkan daripada memasukkan air sedikit-sedikit kerana doh pastri akan retak.
-       Jangan uli doh terlalu lama kerana pastri akan menjadi liat.
5.
Mencanai dos pastri
-       Tabur sedikit tepung di papan canai. Torak doh pastri dengan gerakan yang pendek serta cepat dan tekanan yang sama ke arah hadapan.
-       Canai doh setebal 3mm untuk dibakar dan nipis sedikit jika hendak digoreng.
-       Doh pastri tidak boleh diterbalikkan kerana doh akan meregang dan menghasilkan pastri yang liat.
6.
Membentuk pastri
-       Gunakan pisau atau penerap yang tajam.
-       Bahagian pastri yang dicanai digunakan untuk permukaan atas atau luar.
-       Dapat mengekalkan bentuk pastri dan mengelakkannya dari meregang.
-       Permukaan atas lebih licin dan elok.
7.
Merehatkan pastri
-       Pastri direhatkan 10 minit di tempat sejuk sebelum dibakar.
-       Gluten di dalam tepung gandum akan menjadi lembut dan kendur semula.
-       Pastri tidak mengecut apabila dibakar.
8.
Membakar
-       Bakar pastri di dalam ketuhar panas pada suhu 200-2200C atau gas regulo no 7 dan kemudiaannya dikurangkan suhu kepada 1800C atau gas regulo no 5 untuk memasakkan intinya.
-       Pastri yang dibakar perlu digilis dengan kuning telur atau campuran susu dengan telur untuk kelihatan cantik.
-       Suhu yang panas akan memecahkan bijian kanji dan menyerap lemak yang cair ke dalam tepung.
9.
Menyejukkan psatri
-       Pastri yang telah dibakar diletakkan di atas redai kek.
-       Elakkan daripada menyejukkan pastri di bawah kipas angin kerana pastri akan menjadi lebih berat.


1 comment:

  1. salam. saya nk mohon kebenaran untuk gunakan ilmu yang dishare ini. tq :)

    ReplyDelete